Selamat datang ke alam perceritaan dari Syafiqah (:

Alhamdulillah.

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah hari ini dapat idea untuk update blog setelah berapa lama sudah tidak update. Sat sat nak tiru Arnold Schwarzenegger.


I'm Back!

Hahaha. Alhamdulillah kerana telah tamat pengajian dan telah konvo serta dapat sudah sijil diploma. Alhamdulillah. Tarikh tersebut tidak akan ku lupakan sampai bila-bila. Insya-Allah.


Tadi Aya mention dalam twitter cakap rindu. Alamak! Sebak laa bila si Aya tu mention dan ingat kembali kenangan-kenangan masa study dulu. Allah, rindu mereka sangat. Rindu nak tengok Fiza bersweet-sweet dengan Ket depan rumah, rindu nak tidoq peluk Mama, rindu nak dengar semua cerita, pengalaman Cuwa dan Nata, rindu nak kacau Aya yang jalan macam gangster, rindu nak makan Ina masak, rindu nak study dengan Kinah, rindu nak dengar gosip gosip bila makan reramai masa kat rumah sewa. Demi Allah aku rindu semua itu. 


Even aku hanya menumpang rumah sewa, minum, makan, tidur, lepak, mereka tak minta sesen pun duit. Hanya Tuhan saja mampu balas semua itu. Rindu sangat. Dekat poli kalau jumpa kat kafe dari jauh dah menjerit-jerit, berpelukan, hahahaha. Ahhhhhhh ya Tuhan, rindu sangat. 


Insya-Allah, aku akan ingat semua kenangan kita bersama. Always miss you babe. Tahniah kerana kita sudah tamat belajar. 



Sincerely, 
syafiqah