Selamat datang ke alam perceritaan dari Syafiqah (:

abah nie kannnnn :)

tadi lepas balik dari City Plaza terus teqepa hanset Celcom. sebab lupa bawak pi kelas. tengok tengok ada message MAMA dgn miscall MAMA. mama suh amik kat office pukul 5pm satgi. dok relax relax, bukak TV ada cerita apa, bukak laptop sat tukaq Wallpaper muka PAAN, then siap siap amik mama kat office. heran jugak la awat mama suh pi amik. rupa rupanya tadi mama accident. aduhai, Myvi jatuh dalam parit. ;p takpa janji mama selamat. :)

paihtue lajak pi TSB, cam besa mama tengah diet so nak beli buah. beli buah cara mama la. tengok sana tengok sini terminat pada sepasang kasut :) . err, comel. then "mama mama, pikah nanak boleh dak ma? murahhh la ma" mama cakap "nanak amik la" dan tanpa membuang masa cari la saiz yang sesuai. dah bayaq apa semua pi teqepa kat tudung pulak. mama la, nak beli tudung. tapi saya pon tak membuang masa duduk saja. HAHA. beli satu tudung yang macam orang pakai sekarang neh, bukan shawl :) .

balik umah, abah nampak kasut tue. sekali abah cakap "asyik beli kasut jaaaa! membuang duit saja kamu neh!" qenyeh ja la aku. haha. paih tue time nak sembahyang abah cakap kat mama "mak hang neh dok beli kat dia kasut buat apa?satgi bukan nak pakai!" mama cakap "dia tak pakai kita buat sup bagi dia makan" jahat jahat! saya membalas balik "alah,mama pun banyak kasut jugakkkkk!" adil kan? ;p

taw dak, abah neh muka ja GARANG. maklum la guru disiplin. tapi semua student sayang abah kan? abah kalau masak kalah mama. ;p . dah tue masakan mama tak sama dgn abah. abah lain sikit, mama lain sikit. rambut saya panjang sebab abah nak pikah jadi cam mama eh? ;p , ingat lagi abah selalu cakap time saya asyik qeyau nak potong rambut "nanti kahwin kalau suami pikah suruh potong baru pikah potong nah." saya cakap "sekarang pikah tak kahwin lagi kalau pikah nak potong abah tak bagi cena?nanti sampai kaki la rambut pikah abah" abah gelak ja. :))

abah kalau sembang suka sembang KUAT. ;p , selalu cerita pasal student abah. anak anak abah yang nakal nakal kat sekolah. kan abah kan? abah tak suka shopping. HAHA. sebab abah dah tua ;p . sekarang umor abah 54tahun dah :). semoga abah umur panjang nah. iloveyou abah :))


truthly
SR

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.