Selamat datang ke alam perceritaan dari Syafiqah (:

dulu dan sekarang

tiba tiba teringat 'tahun depan aku umor 20'. i was like 'alahaiii, sat nya masa berlalu' right? tahun neh, bulan Disember genap 19tahun. next year, 20tahun. lagi sekali 20tahun. dah bukan angka 1, but 2 okayyy. 

bila flashback balik zaman persekolahan. bermulanya percintaan bersama Farid. dan diakhiri dgn perasaan yang cemburu buta kepadanya. zaman kegemilangan, zaman kejatuhan, semua dah dilalui. itu zaman persekolahan. bukan zaman pekerjaan or perkhawinan. zaman persekolahan telah mengenali seorang lelaki sejati yang mulanya agak segan pilu, malu untuk bercakap dan akhirnya bahagia hingga sekarang. ouhh, dunia dunia.

dulu yang rakan rakan nya hanya 5orang telah kembali kepada berpuluh puluh orang. dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, dan pengajian tinggi. setiap tahun akan adanya reunion yang hanya akan dihadiri beberapa orang daripada berpuluh puluh. okayy, dah tamaw hadiri reunion sebegitu lagi.

sekarang dah ramai couple yang boyfriendnya muda pada girlfriendnya. adat. dan semua pasangan tak sama. dan ada yang bangga bila couple dengan lelaki/perempuan yang handsome, kaya, dan berharta. sampaikan sanggup menghilangkan kesosialalan pada diri lelaki/perempuan tersebut. 

orang cakap zaman dah berubah, dunia dah maju ; what's mean? yaaa, dulu remaja remaja hanya memakai handphone pada umur 19tahun. tapi kini budak budak yang berumur 6tahun sudah dapat handphone iphone. dunia dunia. baju yang dulunya ibu belikan di pasar malam dan sekarang dah up sikit kepada Mango, Topshop, Roxy, Bodyglove. dulunya kanak kanak darjah satu ibu bapa hanya menghantar anak anak sekolah hanyala berjalan kaki, tetapi sekarang ibu bapa dah naik Mercedes, BMW, Honda Civic, Ferrari. see, zaman dah berubah.

zaman percintaan yang romantik, hanya berjanji temu dekat bawah pohon besar dan pemakaian still baju sekolah. tetapi sekarang percintaan itu sudah basi untuk berjanji temu bawah pohon besar. malu rasanya, perlulah berjanji temu di Pavi, Times Square, KLCC, Old Town. yang dulunya perempuan sangat malu apabila berpegangan tangan dengan lelaki bukan muhrim tetapi sekarang pegang dada pon perempuan tak kisah. 

semua ini telah berlaku didepan mata saya. dalam masa 19tahun neh. tahun depan genap 20tahun, mungkinkah ada lagi sifat kebudak budakkan dalam diriku ini? semangat bercinta bersama Muhammad Farhan still ada hingga ke jinjang pelamin? sifat unmatured still mengalir dalam darahku ini? mungkin ya, mungkin tidak. masa hadapan tiada siapa yang tahu, yang tahu hanya Dia. 

thank you for reading.
love,
SR :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.