Selamat datang ke alam perceritaan dari Syafiqah (:

down,

Hari ini aku rasa aku terlalu down. Tersangat down sehingga rasa macam tak mahu buat apa-apa. Teramat sakit. 


Yes, 28hb May jatuhnya hari untuk semak result. Aku bersyukur dengan semua subject sebab aku lulus semua dan subject yang aku rasa aku tak boleh jawab aku dapat B, i'm so lucky but bila tengok pointer aku rasa akulah manusia paling jahanam didunia.


Jahanam kerana mengecewakan mak ayah aku yang mahu lihat anak perempuan sulungnya berjaya. Jahanam kerana study hard bukan main tapi itu je hasilnya. Jahanam kerana mungkin aku rasa aku manusia paling teruk. 


Aku bangga bila semua subject aku okay, A B B- B- C. So, okay right? Tapi pointer aku, pointer aku. Di saat mak aku reply message "Boleh ke mintak U?" rasa speechless bertalu di hati. Semalam tidur yang sangat menakutkan bila fikir pasal result. 


Abah " Macam mana boleh dapat banyak tu? Kawan lain? Kamu sorang je dapat banyak tu?" Speechless. Tersangat. Rasa mulut berat nak tipu apa kali ini, rasa mulut ini ada banyak batu sampai tak boleh cakap. Ma "Running Man boleh tunggu tengah malam, ini study tak pun" just senyum. Sebab aku dah kecewakan mak ayah aku.


Dugaan aku, mungkin Allah tak makbulkan doa aku untuk pointer tapi Dia makbulkan doa aku untuk lulus semua. Alhamdulillah. Tetapi aku masih down sampai rasa macam nak duduk rumah tunggu orang masuk minang. Safwan cakap mungkin ini rezeki hang, nanti lain hari rezeki hang banyak lagi. Amin amin amin. 


Tak mahu menangis kerana benda dah terjadi, salah diri sendiri jadi buat apa mahu menangis. Menangis untuk benda yang sudah pun terjadi, tetapi hati ini menangis kerana menjadi manusia paling jahanam. 


Bye. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.